Zakat Anda Melahirkan Ratusan Huffaz Di MTS

Setiap ringgit zakat yang anda salurkan bukan sekadar bantuan kewangan — ia adalah pelaburan akhirat yang melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berkhidmat kepada ummah.

Sejak penubuhan MTS pada tahun 2006, lebih 500 huffaz telah berjaya dilahirkan dan seterusnya melanjutkan pengajian alim tingkat tinggi di Turki dengan biasiswa penuh.

Hari ini, majoriti mereka kembali mengajar dan membimbing generasi baharu calon huffaz — menjadikan pahala kebaikan ini terus mengalir, bersambung dari seorang guru kepada seorang murid sehinggalah hari kiamat.

Bayangkanlah……

Dengan satu niat ikhlas anda menunaikan zakat melalui Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS), Allah SWT menjadikan anda sebahagian daripada perjuangan agung ini.

Setiap helaian al-Quranul Karim yang dibaca oleh lebih 1,500 huffaz MTS hari ini akan ditulis pahalanya untuk anda. Suara mereka yang merdu mengalunkan kalam Allah SWT, seolah-olah mengalirkan cahaya pahala tanpa henti ke dalam timbangan amal anda.

Dan esok, apabila mereka menamatkan hafazan, mereka pula akan melahirkan puluhan bahkan ratusan huffaz baharu. Lalu bacaan murid, murid kepada murid, dan seterusnya hingga berzaman-zaman — semuanya tetap terikat pada anda. Hingga ke hari kiamat, pahala itu tidak akan terhenti.

Mungkin anda tidak mampu menjadi seorang hafiz.

Mungkin anak-anak anda bukan seorang hafiz.

Tetapi dengan zakat yang anda tunaikan melalui MTS, anda sebenarnya telah melahirkan anak-anak maknawiyah yang akan membawa al-Quran di dada mereka, dan menjadi syafaat untuk anda di akhirat kelak.

Inilah peluang emas. Jangan lepaskan. Jadilah sebahagian daripada legasi al-Quran ini.

Kerana setiap detik yang anda tangguh, ribuan ayat dibaca… dan pahala itu boleh jadi milik anda.

Leave a Comment

mtszakat@gmail.com
+60 16 800 9600

Hubungi Kami

No, 17 (B), Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Isnin – Sabtu: 9:00am –  6:00pm
Ahad: Tutup

Gallery

Tentang Pusat Zakat MY

Pusat Zakat MY adalah platform online pembayaran zakat secara mudah, pantas dan dipercayai.Dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah selaku Penolong Amil Bertauliah Lembaga Zakat Selangor (LZS)