Ziarah Mahabbah Pengerusi MAIS ke Ibu Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia, Shah Alam

Shah Alam, 12 November 2025 — Ibu Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia di Seksyen 7, Shah Alam hari ini menerima kunjungan Yang Amat Dimuliakan Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), yang hadir bersama isteri, Yang Berbahagia Datin Setia.

Ziarah mahabbah ini diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik antara MAIS dan MTS dalam usaha memantapkan pendidikan Al-Quranul Karim, pembangunan modal insan serta program dakwah dan kebajikan masyarakat di Selangor.

Turut hadir:
• Abi Selman Çakır, Pengetua MTS Malaysia Semenanjung
• Tan Sri Zainal Dahlan, Pengerusi MTS Shah Alam
• Dato’ Wan Nazari Wan Jusoh dan isteri
• Barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan MTS
• Ikhwan MTS Malaysia Semenanjung

Ketibaan YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin disambut oleh 33 pelajar MTS Shah Alam yang bakal menyambung pengajian ke Turkiye selama tiga tahun dengan tajaan penuh Yayasan MTS. Program diteruskan dengan jamuan hidangan Turki, tayangan montaj, dan pembentangan mengenai sistem pendidikan serta hala tuju MTS di Malaysia.

Dalam sesi meninjau kelas, YAD Senator Dato’ Setia berkesempatan mengikuti kelas ilmu shorof, meneliti silibus, kitab rujukan, serta kaedah pengajian yang diterapkan. Beliau menyatakan rasa bangga terhadap disiplin, adab dan kesungguhan pelajar dalam menghafaz dan mendalami Al-Quranul Karim.

Beliau turut menyatakan minat untuk hadir ke Majlis Graduasi Pelajar MTS yang akan berangkat ke Turkiye pada Januari 2026.

Pihak Yayasan MTS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin dan YBhg. Datin Setia atas sokongan, dorongan serta keprihatinan yang diberikan dalam usaha memartabatkan pendidikan Al-Quranul Karim di Malaysia.

Semoga ziarah ini menjadi pemangkin kerjasama lebih erat antara MAIS dan MTS dalam memperkukuh agenda pendidikan, tarbiah dan kebajikan ummah.

Pihak Pengurusan
MTS Malaysia Semenanjung

Leave a Comment

mtszakat@gmail.com
+60 16 800 9600

Hubungi Kami

No, 17 (B), Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Isnin – Sabtu: 9:00am –  6:00pm
Ahad: Tutup

Gallery

Tentang Pusat Zakat MY

Pusat Zakat MY adalah platform online pembayaran zakat secara mudah, pantas dan dipercayai.Dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah selaku Penolong Amil Bertauliah Lembaga Zakat Selangor (LZS)