Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Karnival Maulidurrasul SAW MTS 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan meriah di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Alor Setar, Kedah.
Acara penuh barakah ini menghimpunkan warga MTS dari seluruh Malaysia dalam suasana ukhuwah, keceriaan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
🎪 Antara acara utama karnival kali ini:
🍢 Jualan Amal & Festival Makanan Turkiye – disertai oleh 17 cawangan MTS dengan pelbagai hidangan khas Turki.
🎨 Pertandingan Kanak-kanak – mewarna, bercerita dan azan dengan penyertaan lebih 80 kanak-kanak.
🩺 Pemeriksaan Kesihatan Percuma & Derma Darah bersama pasukan perubatan tempatan.
🎠 Soopa Doopa & Aktiviti Keluarga – menceriakan anak-anak dan pengunjung.
📖 Majlis Maulidurrasul SAW & Ceramah Perdana disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syed Norhisyam yang mengingatkan hadirin akan cinta dan sunnah Rasulullah SAW.
🏆 Keputusan Pertandingan Booth Jualan Amal Festival Makanan Turkiye
1️⃣ MTS Kajang
2️⃣ MTS Hutan Pulai
3️⃣ MTS Sungai Petani Puteri
4️⃣ MTS Jitra
5️⃣ MTS Terengganu Puteri
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja, peserta, penyumbang dan para pengunjung yang telah menjayakan program penuh bermakna ini.
🤲 Semoga usaha ini diterima sebagai amal jariah dan menjadi asbab bertambahnya kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.
InsyaAllah, tahun hadapan dirancang untuk diadakan dengan skala lebih besar — 3 zon berbeza (Tengah, Utara dan Pantai Timur).
📝 Untuk memberi maklum balas berkenaan majlis ini, mohon kerjasama mengisi borang di pautan berikut:
👉 https://forms.gle/y1GNs5wDSkdABkVM8
Salam penghargaan daripada
Bahagian Dakwah MTS Malaysia Semenanjung
