Mengenai Zakat Pendapatan

Niat Zakat Pendapatan

“Inilah wang sebanyak RM............. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas
diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun............. kerana Allah Ta’ala.”

Penerangan

Pengertian Zakat Pendapatan

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

 

Dalil Wajib Zakat Pendapatan

Firman Allah s.w.t:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَنفِقُوا۟ مِن طَيِّبَٰتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّآ أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ ٱلْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا۟ ٱلْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغْمِضُوا۟ فِيهِ ۚ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ ۝٢٦٧

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala ‘hasil usaha yang baik’ itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam ‘hasil usaha’ yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)”. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?”. Baginda menjawab, “Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah.” Mereka bertanya, ” Kalau tidak mempunyai pekerjaan?”. Baginda bersabda, “Tolonglah mereka yang meminta pertolongan”. Mereka bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak berkuasa?”. Baginda menjawab, “Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah”.

(Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Tunaikanlah zakat harta kamu”.

(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Maklumat Zakat Pendapatan

Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).

Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:-

  • Membantu pembangunan ummah dan masyarakat kerana zakat yang dikutip akan disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan termasuk fakir miskin, anak yatim dan juga para pelajar kurang berkemampuan
  • Menyatukan ummah dalam hal ekonomi, di mana sama-sama dapat berbincang cara terbaik untuk sama-sama maju dalam pengumpulan harta
  • Mewujudkan hubungan sesama insan di antara pemberi dan penerima zakat – walaupun pembayar zakat mungkin tidak bertemu para penerima zakat, namun dapat melihat pembangunan dan bantuan yang diberikan hasil daripada kutipan zakat
  • Mengelakkan perasaan iri hati sesama insan dan malahan mungkin juga dapat memberi inspirasi kepada golongan penerima zakat untuk memajukan diri sendiri agar dapat menyumbang kepada ummah suatu hari nanti melalui zakat ke atas kekayaan sendiri
  • Menanamkan sifat bertanggungjawab dalam diri individu, terutamanya ketua keluarga
  • Menyucikan harta yang mungkin was-was bagi pembayar zakat
  • Salah satu peluang untuk meningkatkan ibadah adalah dengan membayar zakat ke atas kurniaan daripada Allah SWT
  • dan banyak lagi

Fatwa Zakat Pendapatan

Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.

Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan ‘Zakat Gaji Beserta Kadarnya‘. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.

Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap (freelance) jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.

Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan “Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional“. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Umat Islam boleh mengeluarkan zakat daripada pendapatan gaji dan Jabatan Hasil Dalam Negeri hendaklah memberi rebet zakat ke atas jumlah yang dibayar itu.
  2. Diwajibkan zakat ke atas pendapatan tahunan seseorang profesional kerana ia termasuk dalam zakat perniagaan.
 

TUNAIKAN ZAKAT ANDA SEKARANG

Kami menerima pelbagai jeniz zakat. Berikut adalah senarai perkhidmatan zakat kami:

Zakat
Pendapatan

Tekan untuk bayar zakat pendapatan anda sekarang

Zakat
Pendapatan

Zakat
Perniagaan

Tekan untuk bayar zakat perniagaan anda sekarang

Zakat
Perniagaan

Zakat
Simpanan

Tekan untuk bayar zakat simpanan anda sekarang

Zakat
Simpanan

Zakat
Pelaburan

Tekan untuk bayar zakat pelaburan anda sekarang

Zakat
Pelaburan

Zakat
Emas

Tekan untuk bayar zakat emas anda sekarang

Zakat
Emas

Zakat
Perak

Tekan untuk bayar zakat perak anda sekarang

Zakat
Perak

Zakat
KWSP

Tekan untuk bayar zakat KWSP anda sekarang

Zakat
KWSP

Zakat
Kripto

Tekan untuk bayar zakat kripto anda sekarang

Zakat
Perniagaan

Zakat
Tanaman

Tekan untuk bayar zakat tanaman anda sekarang

Zakat
Tanaman

Zakat
Ternakan

Tekan untuk bayar zakat ternakan anda sekarang

Zakat
Ternakan

Zakat
Fitrah

Tekan untuk bayar zakat fitrah anda sekarang

Zakat
Fitrah

Zakat
Lainnya

Tekan untuk bayar zakat lainnya sekarang

Zakat
Lainnya

Biar kami bantu
uruskan zakat & cukai anda

mtszakat@gmail.com
+60 16 800 9600

Hubungi Kami

No, 17 (B), Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Isnin – Sabtu: 9:00am –  6:00pm
Ahad: Tutup

Gallery

Tentang Pusat Zakat MY

Pusat Zakat MY adalah platform online pembayaran zakat secara mudah, pantas dan dipercayai.Dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah selaku Penolong Amil Bertauliah Lembaga Zakat Selangor (LZS)