Pusat Zakat My
Kalkulator Zakat Fitrah
Penerangan Zakat Fitrah
Zakat fitrah merupakan bayaran wajib yang perlu dilaksanakan sebelum berakhirnya bulan ramadan karim sebagai satu bentuk ibadah dan sedekah. Ia diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan, menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.
Tujuan utama kewajipan ini adalah untuk membersihkan jiwa orang yang berpuasa dan membantu golongan asnaf agar mereka turut dapat menyambut hari raya dengan penuh kesyukuran. Firman Allah SWT di dalam alquranul karim sangat menekankan tuntutan menunaikan zakat bagi menyucikan harta dan diri kita.
Kadar Zakat (Berdasarkan Jenis Beras)
- RM 8.00 - Beras Super Spesial Tempatan, Beras Putih Import 5%
- RM 16.00 - Beras Wangi, Beras Perang, Beras Pulut
- RM 25.00 - Beras Ponni, Basmathi, Jepun/Calrose, Merah, Hitam
Kalkulator Zakat Fitrah
Lafaz Niat Zakat
"Sila pilih jenis beras terlebih dahulu untuk memaparkan lafaz niat yang lengkap."
Mengenai Zakat Fitrah
Niat Zakat Fitrah
“Inilah wang sebanyak RM............. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas
diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun............. kerana Allah Ta’ala.”
Penerangan
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”
(Hadis riwayat Muslim)
Kadar Zakat Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
- Waktu Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
- Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
- Waktu Haram
Selepas terbenam matahari satu Syawal