Ziarah Mahabbah Team Lembaga Zakat Selangor (LZS) ke HQ Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia, Shah Alam


Shah Alam, 20 November 2025 — Ibu Pejabat Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Malaysia di Seksyen 7, Shah Alam menerima kunjungan hormat daripada Team Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diketuai oleh Hj. Ahmad Zaidi Laynan bin Zainuddin, Ketua Jabatan Pentadbiran & Sokongan LZS, bersama enam orang pegawai.

Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Divisyen Funding & Dakwah MTS bersama barisan Ikhwan Family Support Group (FSG) MTS. Ziarah dimulakan dengan sarapan Turki di Dewan Makan MTS sambil berbincang perkembangan terkini pelaksanaan zakat serta pengukuhan kerjasama strategik antara MTS dan LZS.

Sesi diteruskan dengan pembentangan pengenalan rasmi mengenai MTS meliputi sejarah penubuhan, struktur operasi, sistem pembelajaran serta silibus khas MTS berasaskan disiplin ilmu Al-Quranul Karim, bahasa Arab, tazkiyah dan adab. MTS turut berkongsi manfaat hasil sokongan LZS sejak 2018, khususnya bantuan agihan zakat kepada pelajar MTS yang menyambung pengajian di Turkiye melalui tajaan Yayasan MTS.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan *Sijil Tauliah Penolong Amil Kekal kepada MTS* sebagai pengiktirafan rasmi LZS terhadap MTS sebagai Penolong Amil yang sah bagi urusan kutipan zakat di bawah seliaan Lembaga Zakat Selangor secara kekal.

Pihak MTS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan keyakinan LZS terhadap usaha MTS dalam melahirkan generasi huffaz Al-Quranul Karim yang beradab, berakhlak serta berwibawa sebagai pewaris perjuangan Islam.

Semoga ziarah mahabbah ini menjadi wasilah mengukuhkan hubungan strategik antara MTS dan LZS dalam membangunkan ummah serta memelihara kemuliaan para Ahli Al-Quranul Karim.

Pihak Pengurusan
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia

Jom zakat sekarang melalui MTS
Bit.ly/zakatmts

Leave a Comment

mtszakat@gmail.com
+60 16 800 9600

Hubungi Kami

No, 17 (B), Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Section 9, 40100 Shah Alam, Selangor

Isnin – Sabtu: 9:00am –  6:00pm
Ahad: Tutup

Gallery

Tentang Pusat Zakat MY

Pusat Zakat MY adalah platform online pembayaran zakat secara mudah, pantas dan dipercayai.Dikendalikan oleh Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah selaku Penolong Amil Bertauliah Lembaga Zakat Selangor (LZS)