Alhamdulillah, pada 30 – 31 Ogos 2025 yang lalu telah berlangsung Kem Tahfiz Special Merdeka di cawangan-cawangan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah seluruh Malaysia.
Kem ini telah disertai oleh anak-anak dan remaja berusia 7 hingga 17 tahun dengan pengisian yang penuh manfaat serta suasana penuh semangat kecintaan kepada tanah air dan perjuangan Islam.
📚 Ceramah khas Kemerdekaan dalam Islam
🎥 Tayangan Video Kemerdekaan
❓ Kuiz Patriotik & Sirah Nabawiyyah
🏃♂️ Sukaneka Merdeka
🤝 Aktiviti-aktiviti interaktif yang menghidupkan semangat ukhuwah dan izzah Islam
Walaupun hanya sehari, kem ini diharapkan dapat meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa anak-anak kita – semangat perjuangan, cintakan agama, dan sayangkan tanah air sepanjang hayat.
📷 Berikut adalah beberapa momen menarik sepanjang program berlangsung.
InsyaAllah, nantikan lagi program seterusnya!
📅 Kem Cuti Sekolah (18 – 21 September 2025)
📍 Pendaftaran masih dibuka: bit.ly/pendaftaran-mts
Sebarang pertanyaan hubungi:
📞 Bahagian Hal Ehwal Pelajar MTS – 019 670 6858
🤲 Doakan agar usaha kecil ini terus menjadi asbab terbentuknya generasi huffaz yang cintakan Allah SWT, Rasulullah SAW, dan tanah air.
🌹Divisyen Dakwah🌹
MTS Malaysia Semenanjung
